Italy + Switzerland (11 Hari 8 Malam)

Harga Asal

RM11599

/ Seorang

Harga Promosi

RM9599

/ Seorang

11 Hari 8 Malam

Italy + Switzerland

ItalySwitzerland
Pakej Percutian Italy + Switzerland
Pakej Percutian Nikmati perjalanan istimewa menerokai Italy dan Switzerland, dua destinasi Eropah yang terkenal dengan keindahan alam, sejarah dan seni bina yang memukau. Dari bandar bersejarah Italy dengan suasana klasik dan romantik, hingga ke pemandangan Alps Switzerland yang dihiasi gunung bersalji, tasik jernih dan perkampungan indah. Satu perjalanan yang sempurna untuk menikmati budaya, panorama alam dan pengalaman Eropah yang tidak dapat dilupakan.

Manfaat

Destinasi Laluan Pakej

Venice
Milan
Lake Como
Zermatt
Lauterbrunnen
Interlaken
Titlis
Lucern
Zurich

Penerangan

Kami secara eksklusif menggunakan pemandu pelancong profesional yang biasa dengan budaya Malaysia dan berbahasa Melayu dan Inggeris. Manfaatkan percutian dan pengalaman secara penuh!

Galeri

Jadual Perjalanan

Pakej Percutian Italy + Switzerland (11 Hari 8 Malam)

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA ( 03 jam sebelum berlepas ) untuk penerbangan anda ke Milan.
  • Tiba di Lapangan Terbang Venice Marco Polo dan bertemu pemandu.
  • Bergerak ke Venice untuk lawatan di pulau.
  • Lawatan ke: Dataran St. Mark, Basilika St. Mark, Istana Doge, Menara Campanile, Bridge of Sighs, Jambatan Rialto
  • Menikmati pemandangan lorong-lorong sempit dan terusan Venice.
  • Aktiviti menaiki gondola (AKTIVITI PILIHAN) jika masa mengizinkan.
  • Makan malam dan bermalam di Mestre.
  • Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Milan.
  • Tiba di Milan dan makan tengah hari secara persendirian.
  • Lawatan Bandar Milan: Katedral Milan (Duomo di Milano), Galleria Vittorio Emanuele II, Piazza della Scala & La Scala Opera House, Istana Sforza – sesi bergambar
  • Masa lapang untuk membeli-belah dan bersiar-siar di pusat bandar.
  • Makan malam dan bermalam di Milan.
  • Selepas sarapan, bertolak ke Tasik Como (±1 jam dari Milan).
  • Masa lapang di Como untuk bersiar-siar di pusat bandar dan persisiran tasik.
  • Pelayaran Tasik Como (ATURCARA PILIHAN) untuk menikmati pemandangan tasik, pergunungan dan vila mewah.
  • Bertolak ke Serravalle Designer Outlet.
  • Masa lapang untuk membeli-belah barangan berjenama.
  • Makan malam dan bermalam di Milan.
  • Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Switzerland.
  • Tiba di Täsch dan menaiki shuttle train ke Zermatt (±12 minit).
  • Masa lapang di Zermatt untuk bersiar-siar, membeli-belah dan menikmati pemandangan Banjaran Alps.
  • Kereta Api Gornergrat (AKTIVITI PILIHAN) untuk menikmati pemandangan Matterhorn dan puncak Alps dari ketinggian 3,000m+.
  • Kembali ke Täsch dengan shuttle train pada lewat petang.
  • Makan malam dan bermalam di Täsch atau Brig.
  • Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Bernese Oberland.
  • Tiba di Lauterbrunnen, menikmati pemandangan lembah dan Air Terjun Staubbach.
  • Masa lapang di Lauterbrunnen untuk bersiar-siar dan bergambar.
  • Bertolak ke Grindelwald, perkampungan alpine yang dikelilingi Eigerdan puncak Alps.
  • Masa lapang di Grindelwald untuk bersiar-siar, bergambar, membeli-belah atau berehat di kafe.
  • Makan malam dan bermalam di Interlaken.
  • Selepas sarapan, menerokai keindahan alam sekitar.
  • Bertolak ke Iseltwald di persisiran Tasik Brienz.
  • Masa lapang untuk bersantai, bergambar dan menikmati pemandangan tasik serta pergunungan.
  • Melawat Tasik Blausee, terkenal dengan air biru jernih dan suasana hutan yang tenang.
  • Bersiar-siar di sekitar tasik sambil menikmati pemandangan Alps.
  • Kembali ke Interlaken dan masa lapang di Höheweg untuk membeli-belah.
  • Makan malam dan bermalam di Interlaken.
  • Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Engelberg.
  • Menaiki kereta kabel ke Gunung Titlis (3,000m+) termasuk pengalaman Titlis Rotair.
  • Menikmati pemandangan Banjaran Alps serta tarikan seperti Glacier Cave & Titlis Cliff Walk (bergantung cuaca/operasi).
  • Turun ke Engelberg dan bertolak ke Lucerne.
  • Masa lapang di Lucerne untuk melihat: Chapel Bridge, Tasik Lucerne, Bandar Lama, Lion Monument
  • Makan malam dan bermalam di Egerkingen/Zurich.
  • Selepas sarapan, bertolak dari Egerkingen ke Zurich (±70 km / 1 jam).
  • Lawatan Bandar Zurich: Bahnhofstrasse, Bandar Lama, Grossmünster & Fraumünster, Sungai Limmat, Tasik Zurich
  • Masa lapang untuk bersiar-siar dan membeli-belah di pusat bandar.
  • Singgah di Lindt Home of Chocolate untuk membeli coklat Switzerland & cenderamata. (Muzium coklat – pilihan)
  • Bertolak ke Rhine Falls, air terjun terbesar di Eropah.
  • Masa untuk bergambar dan menikmati pemandangan Rhine Falls.
  • Aktiviti menaiki bot (pilihan), tertakluk kepada cuaca, musim & operasi.
  • Makan malam dan bermalam di Egerkingen/Zurich.
  • Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zurich.
  • Tiba di lapangan terbang dan daftar masuk penerbangan dan urusan keberangkatan untuk perjalanan pulang.
  • Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur dengan kenangan manis dan cenderahati.

MP/MT/MM – Makan Pagi / Makan Tengah Hari / Makan Malam
Photostop – Pintu masuk mungkin pilihan atau ia hanya perhentian pemandangan

Butiran Pakej

Semak senarai kemudahan dan perkara yang tidak termasuk dalam pakej Italy + Switzerland (11 Hari 8 Malam)di bawah

Termasuk Dalam Pakej

  • Tiket Antarabangsa Pergi dan Balik dan Cukai Lapangan Terbang oleh ETIHAD/QATAR/EMIRATES.
  • Elaun 30 KG dan Hand Carry 05 KG.
  • PERCUMA INSURANS (bawah 69 tahun sahaja)
  • Makanan (Sarapan Pagi & Makan Malam).
  • Pengangkutan Ac Persendirian.
  • Penginapan 3 Bintang termasuk sarapan pagi setiap hari.
  • Semua bayaran masuk semasa program seperti yang dinyatakan.
  • Pengiring yang berbahasa Melayu atau Inggeris.
  • Diiringi oleh Tour Guide yang profesional
  • Tour Leader daripada Zafirah Travel (min 20pax)

Termasuk Dalam Pakej

  • Tipping untuk guide dan pemandu seorang (RM300)
  • Bayaran masuk tidak dinyatakan dalam program
  • Semua perbelanjaan peribadi dan sebarang perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan di atas
  • Lawatan Pilihan
  • Porter Hotel / Airport
  • Makanan Tengahari

Terma dan syarat

  • Kadar harga di atas adalah tertakluk kepada perubahan bergantung kepada ketersediaan penerbangan, tambang penerbangan semasa, kadar pertukaran mata wang (USD / EURO), dan bilangan peserta (pax).

  • Tempahan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan daripada pihak pelanggan.

  • Pengesahan bilik hotel adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa tempahan dibuat.

  • Jumlah deposit pakej pelancongan yang telah dibayar adalah tidak dikembalikan selepas tempahan dibuat.

  • Kadar harga di atas adalah berdasarkan bilangan minimum 30 peserta mengikut jenis pakej. ZAFIRAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD. berhak menaikkan harga pakej sekiranya bilangan minimum peserta tidak dipenuhi.

  • Jadual perjalanan adalah tertakluk kepada perubahan mengikut keadaan semasa.

  • ZAFIRAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD. berhak menukar atau mengubah program serta menyemak kadar harga tanpa notis awal atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

  • Bagi penumpang yang dinafikan menaiki penerbangan atas sebab kesihatan atau disahkan positif COVID-19, bayaran tidak akan dikembalikan. Penundaan tarikh perjalanan adalah dibenarkan.

  • Bagi penumpang yang ditolak kemasukan ke sesebuah negara atas sebarang sebab, bayaran juga tidak dikembalikan.

  • Sekiranya perjalanan dibatalkan selepas tempahan dibuat kerana sebarang sekatan oleh kerajaan (Malaysia atau mana-mana kerajaan), bayaran tidak dikembalikan.

  • Penggunaan jenis syarikat penerbangan tertakluk kepada perubahan dan keadaan semasa.

  • Penumpang yang tidak dapat melepasi imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa, tambang lawatan tidak akan dikembalikan.

  • ZAFIRAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD. bertindak sebagai ejen untuk menyediakan perkhidmatan melalui pembekal seperti syarikat penerbangan, hotel, feri, jurulatih, dan lain-lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan atau kecuaian pihak penyedia perkhidmatan dan perubahan peraturan kerajaan.

  • Pakej-pakej ini adalah di bawah Siri Berlepas Kumpulan. Sekiranya bilangan peserta tidak mencukupi, kami akan memaklumkan kepada pelanggan 2 bulan sebelum berlepas. Pelanggan boleh memilih salah satu daripada pilihan berikut:
    a) Perjalanan ditangguhkan
    b) Bayaran penuh dikekalkan
    c) Tukar atau tunda ke destinasi lain

STEP 01 : Tempahan hendaklah dibuat semasa tarikh promosi dengan deposit sebanyak RM 800 – RM 1,500 seorang bergantung kepada setiap pakej.

STEP 02 : Sila berikan maklumat penuh kepada kami melalui Whatsapp (016 – 9688909).

  • Nama.
  • Bilangan dewasa.
  • Bilangan Kanak -kanak.
  • Nombor telefon.
  • E-mail.
  • Destinasi.
  • Tarikh penerbangan.

STEP 03 : Bayaran penuh perlu dibuat sebaik sahaja anda menerima jumlah Invois Performa dan PENYELESAIAN PENUH 60 HARI SEBELUM BERLEPAS atau bergantung pada tarikh perjalanan.

STEP 04 : Tempahan akan dikeluarkan secara automatik jika kami tidak menerima sebarang bayaran.

STEP 05 : Sila hantar kepada kami melalui E-mail (zafirahtravels@gmail.com) atau Whatsapp (016 – 9688909) salinan pasport atau I/C anda.

STEP 06 : Sila hantar senarai bilik sekurang – kurangnya 1 Bulan sebelum TARIKH BERANGKAT (DEPARTURE).

NAMA BANK :MAYBANK
NO. AKAUN :56434-261-8089
NAMA AKAUN :ZAFIRAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
  1. Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.

  2. Permohonan pembatalan hendaklah dikemukakan secara bertulis beserta bukti daripada mana-mana organisasi (sekiranya ada) atas nama Pengarah Zafirah Travel and Tours bagi mengelakkan sebarang salah faham.

  3. Pelanggan yang berdaftar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pembatalan yang ditetapkan oleh Zafirah Travel and Tours Sdn. Bhd.

  4. Sekiranya bilangan minimum peserta tidak dipenuhi, pelanggan boleh memilih salah satu daripada pilihan berikut:
    a) Perjalanan ditangguhkan
    b) Bayaran penuh dikekalkan
    c) Tukar atau ditunda ke destinasi lain

Tempoh PembatalanCaj Pembatalan
45 hari bekerja sebelum berlepasRM 300 atau 15% daripada harga pakej
36 – 44 hari bekerja sebelum berlepasCaj 35% daripada harga pakej
16 – 35 hari bekerja sebelum berlepasCaj 50% daripada harga pakej
8 – 15 hari bekerja sebelum berlepasCaj 75% daripada harga pakej
7 hari bekerja sebelum berlepasCaj 100% daripada harga pakej
  1. Perjalanan semasa Lawatan Kumpulan atau Siri Kumpulan ke Luar Negara boleh mengambil beberapa foto, individu atau berkumpulan dan/atau menghasilkan rakaman video, disini selepas dirujuk sebagai Bahan Pemasaran untuk tujuan yang berikut tetapi tidak terhad kepada:

    (a) Pemasaran Laman Web
    (b) Buku Kecil atau Risalah
    (c) Kempen Media Sosial Termasuk Facebook, Instagram, Blog.
    (d) Media Elektronik seperti Televisyen.

    Ahli Pelancong dengan ini bersetuju dan memberi kebenaran kepada Zafirah Travel untuk penggunaan “Bahan Pemasaran” sedemikian yang mungkin menggambarkan rakaman imej dan video mereka.

     

Berminat dengan Pakej Percutian
Italy + Switzerland (11 Hari 8 Malam)?

Tempah sekarang dengan mengisi borang di bawah dan team kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat.

👤 Maklumat Peribadi
✈️ Butiran Perjalanan
Tarikh penerbangan

atau whatsapp kami

Lihat Semua Pakej